ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Jul 6, 2017

5 Jenis Biskut Kegemaran Miss A pada Hari Raya

Hai semua.
Macam mana raya tahun ni ? Best ke ?
Miss A dah jarang dah update blog sekarang ni.
Sebab sibuk dengan kerja-kerja yang ada ni haa.
Aduyaii.

Ni la ada kesempatan nak update blog (sambil tgk tv + makan biskut) hahaha
So, harini Miss A nak share pasal 5 jenis biskut yang menjadi kegemaran Miss A.
Korang pun mesti ada jugak kan biskut kegemaran korang setiap kali tiba musim perayaan kan.
Takpe, nanti korang bagitahu dekat comment k :D

5 Jenis Biskut Yang Menjadi Kegemaran Miss A


1. Tart nenas


- Biskut tart nenas ni boleh dikatakan ada setiap kali musim perayaan.
-  Kalau ikut rank, biskut ni adalah pilihan last miss A.
- Actually, sy sebenarnya bukan suka sgt buah nenas, tapi kalau biskut tart nenas, haa kalau makan rasa sedap je dekat mulut :)

2. Biskut Kacang Gajus


- Biskut yang ni pun, kalau setiap kali raya, nak kata ada tiap-tiap tahun tu tak la. Mungkin dua tahun sekali, atau 3 tahun sekali.
- Sy ada gastrik, so tak boleh makan jenis kacang kacang ni, so terpaksa la makan biskut tu saja. Kacang terpaksa buang. Huhu

3. Biskut Kacang

- Yang ni pun sy rasa ada tiap-tiap tahun ni haa. Tahun ni pun ada. hihi
- Kalau yang ni boleh pulak sy makan, mungkin sebab kacang tu dicampur sekali dalam adunan, so macam tak bagi effect sgt pada perut.
- Alhamdulillah makan okey je :)
- Biskut kacang ni , rank 3/5 la bagi saya. Biskut top 1 sekali yang paling Miss A minat, haa satgi k.

4. Almond London


- Biskut ni tahun lepas ada, tapi tahun ni tak beli sebab banyak biskut da beli. Tak dapat eden nak meraso nye
- Biskut ni best sebab dia rasa coklat + susu macam tu. Kalau makan sambil tengok tv, emh rasanya habis satu balang biskut. hahaha


5. Cornflakes Madu ( win in my heart )

- Biskut cornflakes madu ni paling best la bagi Miss A
- Tiap tiap tahun takkan miss punya lah.
- Kalau beli biskut dekat kedai, then habis. Buat je cornflakes madu sendiri dekat rumah. Sebab resepi nya ringkas je :D
- InsyaAllah, kalau ada masa , miss A akan share dekat korang resepi cornflakes madu yang sedap + rangup krup krup :D

Korang semua macam mana ?
Citer la sikit dekat bawah ni, biskut feveret korang semua :)

*all picture is taken from pinterest.com

TerimaKasihSudiBaca~
SelamatHariRaya~

Jun 11, 2017

7 Ganjaran Pahala Yang Boleh Diraih Oleh Wanita Yang Sedang Haid Di Bulan Ramadan

Hai korang.
Dah 16 hari da kita semua berpuasa kan.
Selamat berpuasa :)
.
Okay, back to the topic kite.
Siapa tak frust kan, kalau best puasa, solat terawih malam-malam, tup tup keesokan hari period. Yang paling frust sangat sangat period waktu petang. hah, frust bebenor ! huhu
Korang mesti rasa frust kan ?
Tapi, kena ingat. Ini semua fitrah kita sebagai seorang wanita. Dan ini semua ketentuan Allah untuk kita sebagai wanita.

Pernah Aisyah juga menangis sedang kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak. Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata :-
“Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.”Hadis riwayat Bukhari

Tapi Allah itu Maha Adil, walaupun kita tak dapat pahala menunaikan ibadat puasa, solat terawih dan sebagainya, tapi kita still boleh lagi raih pahala melalui 7 amalan dekat bawah ni. Haa, jom baca :D

  • Tetap bangun sahur walaupun tidak berpuasa
-  Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda, “Bersahurlah, kerana di dalamnya terdapat keberkatan.” Hadis riwayat Bukhari
-  Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”
- Haa, bersahur banyak keberkatan tau. So, kuatkan diri anda bangun sahur walaupun period hehe :D

  • Berzikir
- Amalan ni mudah je kita nak amalkan. Duk sesaje, then bacalah zikir.
- Contoh zikir mutlak yang selalu kita sebut adalah, tasbih (subhanallah). tahmid (Alhamdulillah). tahlil (Lailahailallah), dan takbir(allahuakbar)
- Zikir mutlak ni definisi dia adalah perlaksanaannya tidak dibatasi oleh waktu, jumlah dan tatacara tertentu

  • Beristighfar
- Masa bangun sahur, tengah-tengah duk makan sahur, boleh je kita beristighfar. Lazimi lidah kita dengan istighfar. Besar tau manfaat istighfar ni.
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.’
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur" [Surah Ali Imran, Ayat 16 hingga 17.]
  • Membaca Al-Quran
- Terdapat banyak perselisihan faham mengenai isu Wanita haid dibolehkan untuk membaca Al-Quran ataupun tidak. Tapi, pendapat yang kuat dari Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad menyatakan bahawa wanita yang sedang haid boleh membaca Al-Quran kerana tiada dalil yang mengharamkannya tetapi wanita haid  tidak dibenarkan mereka untuk menyentuh kalam suci (Al-Quran) itu.

  • Bersedekah
- Rasulullah s.a.w:, “Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”
- Ini adalah peluang keemasan korang untuk bersedekah di bulan penuh mulia ni tau :) Manfaatkan masa yang ada ni tau :)

  • Menyediakan juadah berbuka bagi orang yang berpuasa
- Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” Hadis riwayat Tirmidzi
  • Keluar mendengar khutbah hari raya dan melihat solat hari raya
- Ummu Athiyah berkata,
“Kami disuruh mengajak keluar wanita haid pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita haid perlu menjauhi tempat solat.” Hadis riwayat Bukhari
Walaupun korang semua cuti, tak bermakna cuti dari mengumpulkan pahala tau. Kena maintainkan juga buat amal ibadat :)

Semoga Allah menerima amalan kita dan memberi pahala seperti meraka yang berpuasa. Insya-Allah.

TerimaKasihSudiBaca~ :D
 
 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...