ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Jun 2, 2014

HUKUM MINAT ARTIS KOREA ?


Alhamdulillah... Syukur kehadrat Illahi kerna limpah kurnia-Nya kita masih lagi dapat menyedut udara yang segar dan dikelilingi hutan yang menghijau.

Hmm. Hari ni nak update blog fasal .. Tgk tajuk kat atas, dah tau dah kan. Gelombang K-Wave memang kuat sgt dekat negara kita ni. Apatah lagi negara bukan Islam. Lagilah kan. 


" Lambakan drama - drama Korea telah membawa kegilaan kepada golongan remaja. Ada yang mengharapkan kekasih seperti artis korea dan mengangan - angankan cinta romantik seperti di dalam drama.  Jadi, apakah HUKUMnya kalau kita begitu menyukai hero, heroin dan percintaan dalam drama - drama tersebut ??? "

Baiklah , sila teruskan pembacaan anda :)
Kita perlu membezakan antara suka , minat dan sayang. Secara fitrahnya semua orang suka melihat perempuan cantik dan pemuda yang kacak kerana ini adalah fitrah manusia sukakan sesuatu yang elok dan bagus. Minat pula timbul. Biasanya, orang yang meminati pemain bola sepak adalah orang yang mengetahui maklumat tentang dunia bola sepak. Mustahil seseorang meminati bola sepak sedangkan dia sendiri tidak tahu apa- apa berkaitan bola sepak. Rasa sayang pula terhasil apabila rasa suka didorong dengan maklumat yang menguatkan minat, wujudlah rasa sayang yang kuat terhadap seseorang. Suka dan minat tidak salah, namun... Jika sayangkan artis, ini berMASALAH !!!

Kita perlu memahami bahawa hiburan adalah tidak dilarang dalam Islam. Namun, di sana ada batasan yang telah digariskan oleh syarak dalam berhibur. Apabila disebutkan drama Korea, maka kita tidak boleh menghukum semua drama Korea adalah buruk dan tiada moral. Adakalanya drama itu mengajarkan kita tentang semangat sepasukan, kerjasama dan kasih sayang. Hukum menonton drama Korea adalah sama hukumnya menonton drama lain. Jika di sana ada pendedahan aurat dan perlanggaran batas syariat, maka ia adalah dosa. Jika diteruskan menonton, seolah - olah kita berterusan membuat dosa - dosa kecil. Orang yang melazimi dosa kecil ditakuti akan mati dalam Su'ul khatimah (kematian yang buruk). Na'uzubillah !!! 



Berbeza jika menonton drama Islamik. Hukumnya harus selagi tiada perlanggaran syariat.

Bagi peminat yang melazimi drama Korea mahupun bollywood atas tujuan berseronok, maka dia perlu berhati - hati kerana boleh membawa kepada minat dan sayang kepada artis yang jelas bukan beragama Islam. Pelakon itu terang - terangan melakukan perbuatan haram seperti tidak menutup aurat, bercumbu, bersentuhan kulit, minum arak dan sebagainya. Seandainya kita suka dan bersetuju dengan perbuatan mereka, maka seolah - olah kita juga bersubahat dengan dosa tersebut. HARAM hukumnya dan berDOSA.



Apabila timbul rasa sayang kepada artis sebegini, maka di situ sudah berlaku perlanggaran sempadan syariah secara jelas. Nabi Muhammad SAW bersabda, " Seseorang itu akan dihimpunkan di akhirat bersama orang yang disayanginya". Tuntasnya, jika kita mencintai orang buka Islam, bererti tempat kita di akhirat bersama orang bukan Islam. Na'uzubillah !
Nabi Muhammad SAW bersabda, " Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mencintai aku lebih daripada mencintai ibu bapanya, anak - anaknya dan manusia seluruhnya". Lihat, rasa cinta dan sayang adalah ukuran keimanan. Rasa cinta dan sayang di dalam hati itu sebenarnya adalah perlu diisi dengan cinta Rasulullah SAW. Bagaimana pula kita sanggup tukarkan ia dengan cinta terhadap artis ? Adakah wajar kita setarafkan cinta artis Korea dengan cinta Rasulullah SAW ?

Nah, secara tidak sedar sebenarnya orang yang mencintai artis adalah orang yang telah mencemarkan martabat cinta Rasulullah SAW. Adakah orang sebegini layak untuk nabi mengakui sebagai umatnya ?

Kesimpulannya, tak payah la sampai nak sayang , cinta apa semua tuu. Buang masa ye. Baik sayang Rasulullah. Selawat dekat BAGINDA, pasti dia ingat kita :) #Believe. Nak minat Chanyeol EXO , boleh . Jangan sampai cinta or sayang dia ye. Sebelum tidur, wajib peluk gambar dia dulu. Ini salah !
Tepuk dada, tanyalah iman .

Wallahu'alam :)

Mar 28, 2014

SALAHKAH KAMI MINAT KPOP


K-POP : "Korean Pop" (Muzik Pop Korea) adalah sejenis muzik yang berasal dari Korea Selatan. Hebatnya K-Pop ini tempiasnya menyebabkan berlaku fenomena hebat disebut Hallyu atau Korean Wave iaitu Gelombang Korea. Negara kita juga salah sebuah negara yang menerima tempias cukup hebat!

Sebenarnya ana ada tanya , apa hukum minat kpop. Ukhti ni pulak , tuduh saya macam-2. Dia kata, saya ni minat permainan sosial lah, mcm-2 lagi. Ya Allah, dia belum tahu saya minat pe benda . dia pulak main tuduh mcm tu je . takpelah . SABAR :) Ada jugak yang tnya ana , apa hukum minat kpop . Sebelum itu ana ingatkan yang ana kurang menyentuh bab hukum atas alasan klise kurangnya ilmu. Jadi rajin-rajinkanlah bertanya kepada yang lebih arif. 

Minat adalah suatu keadaan dimana seseorang mempunyai perhatian terhadap sesuatu dan disertai keinginan untuk mengetahui dan mempelajari mahupun membuktikan rasa sukanya. 
Pada ana perasaan "minat" itu adalah fitrah setiap dari kita. Setiap orang Allah anugerahkan rasa suka, cinta atau minat dan tidak ada sesiapa yang dapat menghalang perasaan itu melainkan tuan punya tubuh itu sendiri. Pun begitu Allah SWT berikan akal kepada manusia untuk meletakkan rasa minat itu pada tempat yang baik bahkan mengikut syariat agama. 

Islam menyatakan tidak salah minat dengan artis K-Pop dengan syarat anda tidak menjadikan individu tersebut sebagai idola anda. Apa yang jelas dalam istilah idola ini ialah rasa minat itu tidaklah fanatik (taksub) sehinggakan bilik tidur, telefon bimbit, cadar tilam, sarung bantal, malah baju anda pun penuh dengan gambar artis korea tersebut. Kenapa tak boleh?
"Orang Islam tidak akan ambil orang-orang yang lagha (dalam hiburan seperti penyanyi, pelakon, penari) sebagai orang yang sangat dipuja. Yang kita puja ialah Rasulullah SAW." - Ustaz Azhar Idrus

Pun begitu, minat untuk tengok bakat artis Korea dalam menyanyi, berlakon drama dan sebagainya tidaklah menjadi suatu kesalahan adapun ianya menghiburkan anda. Ana pun pernah tengok drama Korea dan Ana pun ada la minat artis korea. Tapi perbuatan itu tidaklah dituntut dalam Islam dan pastikan ada had. Had yang macam mana? Tidak berimaginasi yang melampaui batas sehinggakan ada individu yang jenis setiap suatu hal dalam hidup dikaitkan dengan kpop, baju anda pun nak jadi kpop, rambut pun nak tiru artis kpop, nak cari suami pun yang macam artis kpop. Dalam bilik tidur ada poster artis kpop, nak tidur kena wish goodnightdekat gambar tu dulu, kena cium gambar artis kesayangan anda dulu baru tidur anda lena. Itu anda kena terima hakikat bahawa anda Islam dan agama larang anda begitu. 

"Adakah berdosa pergi konsert K-pop?"


Haram dan dilarang bagi lelaki-lelaki mahupun perempuan-perempuan untuk mengunjungi majlis-majlis maksiat. Apa itu majlis-majlis maksiat? Majlis-majlis maksiat adalah majlis, himpunan atau aktiviti yang boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat. 

Firman Allah SWT :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.

 Maka berdosa bagi kita yang secara sengaja mengunjungi konsert-konsert K-Pop, tengok video-video menari K-pop sebab kebanyakan ulama kategorikan konsert sebegini sebagai majlis maksiat. Kalau kita tengok sendiri memang tiada satu pun konsert K-Pop yang tak ada menari-menari. Tengok pakaian penari mereka pun kita sudah berdarah mata.  Kita yang menyokong terjerit-jerit bagai nak gila. Dan ana rasa semua tahu benda tu salah dan anda tak sepatutnya lakukan itu. Maka segera elakkan dan kembali kepada Allah. Kita tahu handsome-2 namja K-pop niiii.. tapi sabar. Allah akan bagi yang lebih hebat lagi di Syurga nanti .

"Peminat K-Pop selalu kena hina, diorang bagus sangat ke? Allah dah tentukan Syurga ke kat diorang? Tak rasa berdosa ke menghina?"

Bagi anda yang tak suka K-pop ni pun satu, kena faham istilah tegur, nasihat dan hina itu perkara berbeza. Sungguhpun anda menghina mereka yang minat K-Pop atas niat suci lagi murni anda untuk halang maksiat, halang perkara tak baik dari berterusan. Suka ana ingatkan tak ada satu pun lesen untuk menyokong alasan anda bagi menghina diterima. Setiap hinaan tetap dicatat dan ada dalam buku amalan masing-masing. Kena sedar tu. Tegur dan cubalah nasihat baik-baik. Jelaskan dengan penuh adab kenapa dan mengapa. InsyaAllah, ana tak rasa fans Kpop akan kecil hati dan marah anda sebab mereka pun sayang Islam. Kan kan kan!

Dan bagi anda yang begitu minat dengan Kpop, suka juga saya nasihatkan supaya kurangkan berkongsi gambar artis yang anda minat di laman sosial kerana tiada satu pun manfaat kepada rakan-rakan yang lain malah mengundang rasa kurang selesa pengguna lain. Memang pada dasarnya Twitter dan facebook hak masing-masing, tetapi perlu sedar yang laman sosial tidak didaftarkan untuk anda sendiri. Sebab itu adanya button add friend, follow dan sebagainya untuk menghubungkan anda dengan yang lain. 

Kesimpulan

Apa pun ana tak rasa kita patut meletakkan kesalahan ini 100% kepada peminat artis K-Pop sebab dulu pada awal kemunculan dan kemasukan ke Malaysia tiada siapa pun menegahnya. Dan ana yakin internet tetap akan menyebarkan hiburan dalam masa yang singkat sahaja. Tak kisahlah Kpop atau Bollywood atau Hollywood atau Playwood. Banyak lagi masalah selain dari fanatik K-Pop ni wujud dalam Malaysia. Apa yang pasti kesedaran kita pada tanggungjawab untuk diri dan agama sangat penting. Mak ayah kita pun tak larat nak tegur. Kita kena sedar sendiri lah kan.

Sebenarnya macam ni lah, semua orang ada melakukan kesalahan. Termasuk ana sendiri. Banyak dosa pada Allah Taa'la (Nanges). Jadi ana rasa semuanya berbalik pada diri sendiri. Bagaimana nak selamatkan diri kita sebab dunia pun dah tak larat dah. Sampai masa kita kembali padaNya. Gunakan kesempatan yang ada untuk sebarkan yang baik-baik. Ana melihat usaha dakwah di laman sosial pun bertambah. Alhamdulillah. Tapi masalah kita ada yang suka menghentam sesama sendiri mencari salah orang itu dan orang ini sedangkan aib sendiri tak terjaga lagi. Tak perlulah terus salah menyalahkan. Mari muhasabah, rehat dan pandang diri. 

Alhamdulillah, dapat jugak update blog pasal kpop. Lupa ! Minggu depan , ana mungkin dah tak online twitter/blog :) Facebook dgn Ask.fm. InshaAllah . See you all soon :) 

- NEXT WEEK HIATUS -

Feb 1, 2014

SOLAT SUNAT HAJAT ^^





Ap khabar semua? hope ukhti dan akhi semuanya sentiasa berada dalam keredhaan dari Allah swt..Okey tak nak cakap-cakap kosong..Hari ni ana nak update blog tentang 'Macam Man Nak Buat Solat Hajat'
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
 Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.


CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT

 Lafaz niat
 "Sahaja aku menunaikan solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taa'la"

 Baca Surah Al-Fatihah (Rakaat 1 & 2)

 Rakaat 1: Surah Al Kafirun atau Ayat Kursi (1 kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
 “Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
 Rakaat 2: Surah Al Ikhlas (1 kali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
image Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat.

Wirid Selepas Solat Hajat
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
      Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepadaNya
     .zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     Selawat (10 / 100 kali)


Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
Doa Solat Hajat
  .

image Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:

 “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”


credit : Ukhti

7 TIPS DAN PETUA HATI MENJADI TENANG^^


Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. 
Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah: 
 
 Bersyukur 
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah.
Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik 
daripada yang semalam.

 Tekad Bermotivasi. 
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. 
Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
 Tingkatkan motivasi diri. 
Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat 
 Bismillah. 
Dalam apa jua yang anda buat, mulakan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

 Ubah sikap. 
Mulakan hari dengan mengubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

 Memaafkan. 
Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

 Berani dan Yakin terhadap Allah.
Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi kecemerlangan hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita. 
 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...