ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

May 29, 2015

^^PAKAI TUDUNG^^

 

Soalan : Mengapa umat Islam perlu memakai tudung ?

Siapa kata umat Islam perlu memakai tudung? Yang perlu kita lakukan ialam menutup aurat. Antara aurat bagi perempuan ialah rambut dan leher mereka. Jika kita meletakkan kain selimut atau guni di atas kepala lalu rambut dan leher tadi tertutup, ia sudah memadai. Tidak berdosa jika dipakainya ketika membeli-belah atau pergi ke mana-mana.

Mengapa perlu tutup aurat ?
Ini kerana ia perintah Allah SWT. Apa sahaja yang Allah suruh pasti ada kebaikannya sama ada kita tahu atua tidak. Ada orang enggan bertudung kerana rimas dan panas dek cuaca sekarang ni. Ukhti semua, api neraka Allah yang akan membakar rambut orang yang tidak menutup aurat jauh lebih panas. Allahuakbar ! :'(

Ada yang mengatakan bahawa rambutnya cantik. Jika ditutup, orang lain tidak dapat melihat kecantikannya. Ukhti semua, Allah sentiasa melihat kita setiap masa. Allah tidak pernah menilai kita dengan paras rupa tetapi Allah menilai hati kita. 

Soalan 2: Bagaimana cara untuk menasihati kawan-kawan untuk memakai tudung ?

  Jika ada kawan-kawan ukhti tidak suka menutup aurat, nasihatilah seperti yang saya ajukan diatas tadi.


 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...