ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Dec 24, 2015

KEAJAIBAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

TIPS HIJRAH




Malam ni, saya ingin post tentang tips berhijrah. Entri kali ni ada kesinambungan dengan entri ini. Jadi, nak tahu tips berhijrah ? sila baca bawah ini ye :)

 Niat

Dalam apa jua keadaan yang hendak kita lakukan mesti akan didahulukan dengan niat. niat untuk berhijrah mestilah tulus dan ikhlas hanya untuk mendapatkan keredhaan dari Allah swt. InsyaAllah dengan niat yang baik mesti akan mendapat pertolongan daripada Allah swt. tapi kalau kita cuma berniat untuk tunjuk menunjuk mesti ia tidak akan kekal lama.

 Tetap Matlamat (Target)

Dalam apa jua kita nak buat atau nak capai kena ada matlamat..dalam konsep hijrah ni kita kena letakkan satu matlamat dalam diri kalau boleh biarlah matlamat tu matlamat jangka panjang.. supaya kita boleh terus istiqomah dengan niat kita untuk berhijrah. matlamat yang saya maksudkan disini, contohnya jangan sesekali mengulangi perbuatan di masa lampau..mungkin boleh buat rujukan atau iktibar disebalik kisah hidup kita yang dulu tetapi jangan ulang atau buat balik apa yang telah kita buat dulu..Matlamat yang akan melaksanakan niat..yang penting ikhlaskan hati kerana Allah swt.

 Cari Suasana yang Baik atau Rakan yang Baik

Apabila kita berhijrah maksudnya kita meninggalkan yang buruk dan mengambil yang baik..jadi di situ kita kena ada daya usaha sikit...Bila kita nak berhijrah atau nak berubah menjadi lebih baik dari sebelum ni kita kena cari sesuatu yang boleh membantu kita dalam menguatkan lagi perubahan ni..contohnya cari suasana islamik, cuba libatkan diri dengan majlis2 ilmu, usrah dan hadiri forum2 agama di tempat awam ataupun di masjid..
Dari situ mungkin kita boleh mengenali saudara-saudara dan mengeratkan lagi silaturahim.. selain dari tu banyak bertanya tentang ilmu agama kepada mereka yang lebih tahu dari kita dan banyak membaca..

 Bersabar dengan Cemuhan

Makhluk mana diatas muka bumi Allah swt ni tak diberikan ujian dan dugaan..

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3)
jadi hidup ni kena sentiasa bersedia dengan apa jua jalan yang kita pilih dan setiap jalan yang dipilih tu pasti ada ujian dan dugaan..untuk menguji tahap keimanan kita..yang penting kita jangan takut dan sentiasa yakin dengan Allah swt.. Allah swt tak akan bagi ujian yang kita tak mampu nak hadapi..ujian dan dugaan yang diberi tu adalah mengikut tahap kemapuan kita yang penting kena yakin.. Jangan peduli dengan orang yang menghina atau mencemuh kita..Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif..

 Berdoa Kepada Allah swt

Doa adalah senjata orang islam..berdoalah kepada Allah swt mohon kepada DIA agar sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk serta kekuatan dalam menempuh ujianNya..dan bukakan lah hati2 mereka lembutkanlah hati2 mereka untuk menerima perubahan diri ini..Allah swt lah sahabat yang paling dekat dengan kita..DIA tahu apa yang ada dalam hati kita sebab DIA yang mencipta kita..

Sememangnya kita adalah manusia yang lalai, leka dan tidak pernah lari daripada melakukan dosa dosa. Tapi, Allah itu Maha Pengampun. Selagi nyawa belum di halkum, mintalah petunjuk dan berdoalah kepada Allah. InsyaAllah

Tabahkan hati dalam menghadapi hidup ini . You Can Do It ! Fightinggg !

Dec 10, 2015

TIPS TUTUP AURAT


Mungkin ada dalam kalangan wanita di luar sana, mempunyai hasrat dan niat untuk berubah dan berhijrah ke arah yang di redhai Allah. Yang dulunya berpakaian ketat, kini ingin berubah kepada pakaian yang longgar. Mudah - mudahan anda dapat terus istiqomah dalam perubahan. Jadi, di sini saya ingin sampaikan beberapa tips berkenaan menutup aurat. Moga bermanfaat ! !

 Set dalam minda yang kita nak berada di paras no.8 dimana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin

 Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau rasa nak pakai sangat sangat sangat, pakai dalam rumah je. Jangan lupa pulak, dengan family pun kena jaga aurat.

 Kalau banyak baju yang tak mengikuti syarak, simpak pakai untuk tidur je. Belilah baju yang longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja untuk aurat.

 Tudung. Kalau mereka yang tidak bertudung, pakailah tudung sebab rugi tayang kecantikan kamu pada semua.

 Bagi mereka yang sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck sekarang banyak dah jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.

 Bila bertudung, jangan pakai ketat, seluar ketat, sanggul tinggi, Salah tu. Sebab masih menampakkan tubuh. Cuba ubah ye :)

 Bertudung tapi lengan pendek ? Kalau ada pakai handsock dengan baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Sebab ketat kan. Jadi elakkan. Pakailah baju T lengan panjang. :)

 Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin ? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.

 Kalau ada family yang tidak bertudung, ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah. Kalau takut nak ajak ke, sebab mungkin dia garang, suka marah marah ke kan, doakanlah. Itu je cara.

 Solat jaga tapi tak menutup aurat. Alhamdulillah lah sebab dah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Usahakan untuk menutup aurat :)

 Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al-Quran, jaga solat, kawan dengan kawan yang baik.

 Bila dah berubah, istiqomah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.

 Ada yang gunakan cara ni, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar, Minggu seterusnya tudung pulak. Boleh. Ubah slow-slow. InsyaAllah :)

 Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nak berubah bila nak mati. Lagipun, kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan mengingati mati dan selalu istighfar.

 Dekatkan diri dengan Allah dan buatlah solat taubat nasuha.  Kembali kepadaNya dan pohon petunjukNya. InsyaAllah, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun.

 Bila keluar, tanya pada diri " Adakah Allah redha dengan pemakaian aku? " Cukup tak aku menutup aurat aku semua ? "

 Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab bila dah berubah banyak halangan kan? Mengadu pada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

 Bila menutup aurat kawan hilang? Sekarang Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan dan siapa lawan. Allah akan gantikan yang lebih baik. Percayalah.


Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat terutamanya kepada golongan wanita di luar sana. Teruskan usaha untuk berubah. Fighting !



Dec 6, 2015

20 TIPS BANGUN SUBUH



Bagi mereka-mereka yang susah untuk bangun solat subuh, sila baca 20 tips dibawah ini ya  . Moga ia membantu kita semua untuk menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa mengutamakan solat . InsyaAllah 

 Memasang niat dan azam untuk bangun solat Subuh sebelum tidur. Ikhlas kerana Allah.

 Memasang kunci alarm jam loceng atau telefon.

 Memesan agar ahli keluarga untuk mengejutkan setengah jam sebelum azan.

 Memesan rakan untuk menghubungi melalui telefon sebelum azan.

 Menetapkan ganjaran pada diri sendiri jika berjaya bangun subuh.

 Menetapkan denda pada diri sendiri jika tidak berjaya bangun Subuh.

 Meninggalkan maksiat kerana hati gelap susah melakukan kebaikan dan amal soleh.

 Beristighfar dan bertaubat sebelum tidur.

 Tidur dalam keadaan berwuduk.

 Merancang apakah yang akan dilakukan selepas menunaikan solat Subuh seperti membaca Al-Quran dan berzikir.

 Berpakat dengan rakan untuk berjumpa di masjid ketika Subuh ( terutama lelaki ).

 Tampal poster ' Saya Suka Solat Subuh ' dalam bilik.

 Menjadikan solat Subuh sebagai satu penciptaan dalam perubahan hidup menjadi lebih baik.

 Membaca hadis-hadis kelebihan menunaikan solat subuh.

 Menanam tekad untuk merasai ketenangan jiwa di waktu hening sebelum subuh.

 Tidur awal supaya bangun awal ( penting ! ).

 Membaca kisah insan hebat seperti tentera Muhammad Al-Fatih yang menjaga qiamullail dan solat subuh.

 Menyiapkan pakaian solat sebelum tidur.

 Berhenti melayari internet (off data plan atau wifi dan sebagainya ) sejam sebelum tidur.

 Elakkan makan malam terlalu lewat. Seeloknya sebelum jam 8 malam.


 Moga tips tips di atas membantu anda yang susah untuk bangun solat Subuh. Ikhlaskan niat. InsyaAllah Allah bantu :face26:

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...