ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Apr 17, 2017

5 Tips Mengatasi Stress

 

Stress.
Semua orang alami stress kan ?
Dan ada juga yang baca artikel ni pun sedang stress.
Takpe. Korang senyum, kosongkan minda dan lupakan sekejap masalah ataupun perkara yang membuatkan korang stress tu.
Tak boleh jugak ?
Kalau tak boleh, korang kena baca artikel ni sampai habis.
Moga artikel Miss A kali ni dapat membantu korang :)


Tips Mengatasi Stress :-


1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar acting(cehh) haha, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. Cuba la tengok rancangan yang dapat membuatkan anda ketawa :)

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui tutur kata yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan tutur kata tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimia tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, tutur kata yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Semoga berjaya atasi masalah stress guys :)
Thanks for reading my entry ;D

3 comments:

  1. No 3 dan 4 selalu sy buat bila stress. Jrg sgt pilih cara tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh bagus la tu. :) kalau saya num 1 dengan 4 je :D haha

      Delete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...