ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

May 30, 2017

3 Kesan Tidur Lepas Sahur

 

Hai korang.
Macam mana 3 hari berpuasa ?
Mesti best kan. Suasana hari hari biasa dengan bulan puasa lain kan ?
Kelainannya dapat dirasai tak ? hehe

Okey, kembali ke topik kita,
Siapa selalu tidur lepas sahur ? Angkat tangan cepat. hehe
Fyi, tak bagus tau untuk kesihatan korang kalau korang tidur lepas sahur.
Nak tahu, kenapa tak bagus ?
Jom teruskan baca entry ni sampai habis.

-'-

*Mungkin dah ada korang yang dah dapat text ni dari whatsApp group or kat telegram ke, facebook ke. Sebab saya dapat ni pun through whatsApp. Bagi korang yang tak pernah baca text ni. Boleh la teruskan baca sampai habis ye. hihi


"Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata" Kata Hanim

"Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur?" soal Hanim lagi dengan gaya bersungguh.

Mungkin ramai ada soalan seperi Hamin. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah menjadi satu kemestian.

Dekat bawah ni saya senaraikan 3 kesan tidur selepas bersahur. Jom baca.

3 Kesan Tidur Lepas Sahur

1. Dehidrasi tubuh dan otak. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.

2. Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncng mula berbunyi seawal 10 pagi.

3. Interaksi otak dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi dan sepi.

Kita beria-ria sediakan makanan yang bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.

Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur.

Lepas sahur tu, kalau rasa mengantuk, cuba la tengok-tengok phone ka. Tengok ig Yusuf Iskandar ke Bujibu ke hahaha. Baca novel ke. Apa-apa aktiviti baik yang korang minat asalkan korang tidak tidur lepas sahur.

Entry kali ini ringkas je. hehe.
Terima kasih sudi baca~

sumber : whatsApp group

May 28, 2017

Tips Sentiasa Sihat Di Musim Panas


Hai semua.
Selamat berpuasa korang semua.
Sebenarnya posting ni dah sebulan bersarang kat "draf". Sebelum ramadhan lagi, dah ada post ni, haha.
Tak sempat nak update sebab busy sangat sebelum ni.
Haa, hari ni la ada kesempatan sikit nak publish posting ni. hehe.

Okay, back to the topic
Sekarang ni cuaca panas sangat kat Malaysia kan.
Rasa nak duk bawah kipas je sentiasa. Plus kalau ada air-cond lagi best.
Terus rasa sejuk. hihi

Kalau musim panas-panas macam ni, nak dapat demam, selsema dan sewaktu dengannya tu senang sangat kan.
So, sekarang nak share tips untuk sentiasa kekal sihat di waktu musim panas. Supaya korang tak mudah terkena sebarang penyakit. InsyaAllah

Pakai Topi / Gunakan Payung

http://images.clipartpanda.com
- Pakai topi / gunakan payung ni penting untuk korang lindungi kulit korang daripada pancaran haba terus ke badan.
- Paling penting guna payung sebab haba yang terpancar tak ada la kuat sangat kan.
- Plus, untuk elakkan daripada terkena stroke haba.

Bagaimana Strok Haba Berlaku ?
Dalam keadaan biasa, badan kita mengeluarkan haba akibat metabolisme dan selalunya berupaya menghilangkan haba melalui proses sejatan peluh. Walau bagaimanapun, dalam keadaan haba/panas yang terlampau tinggi, kelembapan persekitaran yang tinggi atau semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa matahari terik, besar kemungkinan badan tidak dapat menghilangkan haba dengan sempurna dan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 41 °C. Keadaan tersebut boleh menyebabkan strok haba.
Selain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan strok haba. Individu yang mengalami dehidrasi tidak dapat mengeluarkan peluh dengan cukup cepat untuk menghilangkan haba, yang menyebabkan suhu badan meningkat. Apabila suhu badan meningkat, akhirnya ia menyebabkan penyahhidratan yang teruk, tisu otak menjadi bengkak, tekanan darah menjadi rendah serta mengakibatkan kerosakan pada organ, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian.
( sumber ; SINI )

Lebihkan Masa Di Rumah

http://images.clipartpanda.com
- Luangkan masa korang semua di dalam rumah dan kurangkan aktivit di luar.
- Elakkan dari keluar rumah, terutamanya pada pukul 10 pagi sehingga 4 petang kerana matahari pada waktu itu akan membahayakan kulit korang.
- Kalau nak keluar shopping ke, apa ke, better pergi waktu "lepas asar" ke, ataupun waktu malam.

Tidak Duduk Di Dalam Kenderaan

https://clipartion.com
- Tidak duduk dalam kenderaan yang bertutup tanpa penghawa dingin
- Kenapa tak boleh ? Haa jom baca kat bawah ni.

Kajian menunjukkan bahawa suhu dalam sebuah kereta akan meningkat secara mendadak  sekiranya kereta dibiarkan di bawah panas matahari. Suhu atau tahap kepanasan boleh meningkat antara 10 ke 20 darjah dalam masa 20 minit sahaja.Keadaan ini akan menyebabkan kepanasan melampau kepada orang yang duduk di dalam kereta.Ini secara tidak langsung akan meningkatkan suhu dalaman badan seseorang secara mendadak sehingga 41 darjah Celsius.
( sumber ;  SINI )

Pakai Losyen

https://sciencekara.files.wordpress.com
- Sinar UVA sememangnya bahaya kerana radiasinya yang panjang dan menembus ke bahagian dermis. Kerosakan yang terjadi akibat UVA bersifat kekal dan menunggu masa untuk kelihatan di mata kasar.
- Jadi, pakailah losyen yang SPF 30 dan keatas. Sekarang ni pun banyak kan, losyen-losyen yang dijual dekat pasaraya. Banyak pilihan. hehehe

Kurangkan Minum

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/

- Kurangkan minum ? Minum air masak ka ? Taklah awak. Minum minuman berkafein.
- Sebab apa kena kurangkan ? Jom baca kat bawah ni.
- Bangun pagi, kita sarapan selalunya minum kopi atau teh kan, tapi kalau cuaca panas macam sekarang ni, tak elok la sebab kita akan kerap membuang air kecil sedangkan badan kita memerlukan banyak air kerana suhu panas boleh menyebabkan badan hilang banyak air.
- Seeloknya, kita perlu minum jus buah-buahan yang kurang gula. Tak perlu pun sebenarnya nak minum air 3 Liter / 2 Liter sehari. Ambil jus buah-buahan pun dah cukup elok dah. 
[ sumber ; SINI ]

Pakai Pakaian

http://clipart-library.com
- Pakai lah pakaian yang ringan, bewarna dan longgar.
- Dulu masa sekolah, cikgu Fizik saya bagitahu, yang dia tak pernah dan tak minat pakai pakaian bewarna gelap seperti hitam. Sebab apa ? Sebab warna hitam ni menyerap haba. So, kalau korang pakai, korang akan jadi cepat panas.
- Pakailah pakaian warna terang macam warna putih. Warna putih, katanya dapat membebaskan haba. Haa, kurang la sikit rasa panas tu kan.

Minum Minuman Isotonik

https://www.xpressbuddy.com
- Minum minuman yang berisotonik dapat memastikan tubuh badan kita tidak mengalami dehidrasi tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang kita lakukan.
- Bagi saya, minuman isotonik ini merupakan minuman yang dapat menambahkan tenaga.
[ sumber ; SINI ]

Guna Kipas/Pendingin Hawa


http://clipartall.com/

- Haa yang ini penting, sebab dengan kipas / pendingin hawa saja la kita dapat menyejukkan badan kita yang berpeluh kepanasan ni haa.
- Bagi mereka yang tidak mampu untuk pasang air-cond dekat ruman, guna kipas pun dah okay dah tau. Rasa jugak dingin dekat badan

Banyakkan Minum Air Kosong

https://rfclipart.com

- Poin ni la yang paling penting sekali dalam kehidupan seharian kita. Iaitu banyak minum air kosong !
- Macam mana nak bahagikan masa minum air kosong ? Haa jom baca sini - Tips Mudah Minum Air 3 Liter Sehari

Hahaha, post kali ini kiddy sikit. sebab saya ambil pic yang kartun-kartun. hehehe.
Terima Kasih Sudi Baca~

May 13, 2017

Tips Kuruskan Badan


Hai semua.
Haa sekarang ni ramai kan yang nak impikan badan yang langsing.
Atau dalam erti kata lain, kurus la senang huhu
Ada juga yang ambil pil kurus dan sebagainya. Tapi Miss A tak pernah cuba pun. Takut rasanya nak makan pil.
Okey. Jom baca tips di bawah ni. Mana tahu boleh kurus sebelum raya nanti ke. hehe

  • JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

  • AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan.Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

  • MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh.Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

  • ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

  • KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

  • AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

  • MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh.Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

  • KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan,beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda.
Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.
Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman,ia jugameningkatkan pembakaran lemak.
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil
bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
 
  • SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

  • TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak ataulemak haiwan.

Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya.
Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan
sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gulamengandungi 32 kilokalori.

 Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing :

1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif.

3. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.

4. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
 Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.”

Haa itulah semua tips untuk kuruskan badan. Semoga berjaya untuk kurus :D
Thanks for reading guys


May 10, 2017

Blue Sky Tag #2 From Eyqin


I want to thanks a lot to sis Eyqin , for tagging me in your blue sky tag. Tapi terlewat sikit post. Sebab busy memanjang. hehe. sorry sis :D
RULES

- Thank the person who tagged you (dah thanks dah) haha
- Answer their 11 questions
- Tag 11 people
- Give them 11 questions to answer

Questions 

1. If someone insults you, what are you doing?
- Honestly, I will turn to be angry. But, I'll try to be patient. Because I know that person will get their retribution by God in this world or hereafter. I am very confident with god promises.

2. What kind of people do you like ?
- People that be honest to themselves and also to me. Not a specious person. Who is infront of me they look good. But, behind me, they talk bad about me.

3. Do you judge a person just from external ?
- No. Because external does not give a real meaning of the person.

4. What is your greatest strengh or weakness ?
- My greatest strengh is.... I also dunno haha.

5. If you could be any age for a month , what age would that be ?
- I want to be 5 years old. Because my family keep busy travelling at that time. I missed that moment so much and hoping it will happen again. InsyaAllah

6.  What strange thing have you eaten ?
-I never eat strange food.

7. Do you have anyone you to go for some advice ?
- Yes. of course my family :)

8. How would your friends describe you?
- They describe I am not very unfriendly with someone who I'm not recognize. But if I know them, I will turn friendly. InsyaAllah ahaha

9. If you are in a bad mood, do you prefer to be left alone or have someone to cheer you up ?
- I don't need someone to cheer me up. But, I just like to hear a ballad's song and cheering up song to cheer me up.

10.  What is the craziest thing you’ve ever done and would you do it again?
- No. I think , I never did the craziest thing haha.

11.  Do you believe in second chances?
- Sometimes I believe. Sometimes I don't. Because something that happened to me between someone which is make me doesn't believe in second chances. (50/50 maybe)

Alhamdulillah. done answering :)
Now, my turn to tag the awesome blogger in this second post. hihi

Blue Tag Sky Challenge to awesome blogger (randomly pickup from my cbox)

1. Shafyqa
2. Fatin
3.Masturah
4. Liena
5. Rasya
6. Syahira
7. Eira
8. Aina
9. Syilah
10. Syara
11. Eva Liana

The question you have to answer is :


1. What is your goals in life ?
2. The best place that you had visit ?
3. Tell me about your hobbies ?
4. Your favourite movie ? ( 5 only )
5. At what time you usually go to sleep at night ?
6. What is the happiest thing that happened in your life ?
7. What genre of music do you like ?
8. Try to imagine, your money in your hand is one million. What will you do with that money ?
9. Your ambition when you was kid ?
10. the memories that make you remember until today ?
11. Who is your idol ?

Happy answering guys ~
To those who answering my question, a big thanks I wish :)

May 7, 2017

Blue Sky Tag #1 from Syazana

 
Haaa, dah pukul 1 pagi rupenya. haha takpelah nak buat jugak. sebab esok busy.
Sebenarnya dah lama sis syazana tag saya. Tapi tak berkesempatan untuk buat entry Blue Sky Tag. Haa sekarang alhamdulillah dapat post. hehe

Okay ni first time cuba nak speaking-speaking english takpe la. campur-campur la english-malay k.. haha. First of all, a big thanks I want to say to sis syazana because tagging me to do this blue sky tag. hihi. Tak pernah pun sebenarnya terima challenge blue sky tag ni. haha. takpe #MissAcuba. haha

RULES

- Thank the person who tagged you (dah thanks dah) haha
- Answer their 11 questions
- Tag 11 people
- Give them 11 questions to answer

Questions 

1. How do you start a conversation?
 - First , I will smile at the person I want to talk to and start to talk about things that I want to talk to.

2. Best compliment you've received?
- I think i didn't have the best compliment that I received until today. But I hope one day, I will received the best compliment by my love ones.

3. What was the last picture you took with your phone?
- This is picture when I hang out with my love.


4. What was the last lie you told?
 - I don't remember what the last lie I told. haha sorry

5.  If you could wake up tomorrow in the body of someone else, who would you pick and why?
- I would pick Neelofa because I want to felt her condition right now. Because we know that Neelofa always bombarded with gossip and so on. Plus, she is also a successful woman in business. I want to felt this way because I'm also want to be like her. Neelofa is my idol :)

6. What cheers you up?
- The things that cheers me up is watching funny movie and listen to cheering up song like Kpop Song. Plus, I am Kpop Fan. Not a fanatic fan only love to their unique song hihi.

7. Who is your hero?
- Of course my dad.haha

8. What have you always wanted?
- Success. I want to be successful person in world or hereafter. InsyaAllah

9. What was your first thought when you woke up this morning?
- Nothing. If  i wake up, my mind is empty. haha

10. What question do you hate to answer?
- A question that look alike sarcastic. I really hate to answer this question

11. What is your biggest fear?
- When someone act very rude to my family even my family does not do anything to them.

Alhamdulillah done answering :)
I want to tag 11 people too to. So get ready okay :)

Blue Tag Sky Challenge to awesome blogger (randomly pickup from my cbox)
 
1. Nadia
2. Nurul
3. Izzah Alya
4.Mya
5. Sya
6. Anis Nabilah
7. Hayati
8. Lea Azleeya
9. Syadiya
10. CCL
11. Izati

The questions you have to answer is :)

1. What are the things you love the most ?
2. What are the things you hate most ?
3. If you are want to surfing internet with your smartphone, what is the app you open first ?
4. List down your favourite songs (5 songs only) :D
5. If someone hate you, what will you do ?
6. If you have a big problem that bothering your day, what will you do ?
7. What is your dream ?
8. Do you want to be a popular person ? Yes Or No ? Give a reason
9. What are the idols you want to meet to ( list 5 idols only )
10. Which country in this world you want to visit ?
11. What will you do and felt, when someone you love was back-up (defend) someone which is fighting with you ?

Do it for your blog okay :) just for fun. ngeee . Hoping you can answer my 11 questions :)
If you done, don't forget to comment okay :)

Sorry for my bad english language. Sebab dah lama tinggal BI ni. huhu

May 3, 2017

5 Tanda Bahawa Anda Perlu Ganti Cermin Mata Anda

 

abangbrian.com


Terasa nak update pasal cermin mata pulek malam ni. huhu
Sebab mata ni rasa sakit sangat + pening kepala sampai rasa mual-mual dah.
Cuba buka cermin mata, rupanya sebab cermin mata jadi sakit mata dengan pening apa semua ni.
Haa tu yang duk search search pasai artikel ni haa. Nak sure betul ke tak sebab cermin mata.
Korang yang ada masalah seperti Miss A, baca artikel ni sampai habis okay :)


Mata terasa sakit seperti kekejangan : Mata ialah lensa yang mempunyai kuasa fokus untuk melihat objek dari jauh atau dekat. Jika anda pemakai cermin mata, sudah tentu mata anda memerlukan lensa yang tepat untuk melihat. Kalau anda memakai lensa yang salah, otot mata anda terpaksa bekerja lebih dan menyebabkan rasa tidak selesa.

Kerap sakit kepala : Mata yang kerap memberi tumpuan kebiasaanya akan berasa tidak selesa. bukan sahaja anda merasa sakit dibahagian mata, kepala anda juga menjadi mangsa. Jadi tukarkan kepada cermin mata yang baru jika sakit kepala mula menganggu aktiviti harian anda.

Kecilkan mata : Dah pakai cermin mata pun anda masih mengecilkan mata anda untuk melihat objek jarak jauh. Tapi tahukah anda, jika anda selalu mengamalkan tabiat tersebut lama-kelamaan rabun mata anda makin naik dan sakit kepala pun boleh berlaku.

Tidak boleh kawal dengan cahaya dan silau : Anda mungkin akan mengalami masalah dengan cahaya dari televisyen, komputer atau telefon pintar. Kalau boleh, anda ingin tetapkan cahaya yang paling malap kerana anda mula merasai mata anda tidak dapat silau cahaya tersebut. Sama juga bila berada diluar, anda sukar melihat kerana silau dari cahaya matahari.


Mengalami ketidakselesaan perut atau loya : Fakta yang tidak ramai tahu, dua pasang mata ini dicipta untuk melihat imej yang jelas. Jika mata yang sebelah kabur, otak akan menerima dua imej yang berbeza dan ia boleh menjadi penyebab rasa ketidakselesaan. 
Ada tak tanda-tanda ini pada mata anda? Kalau ada, cepat ke pusat optik untuk pemeriksaan mata! 

source ; abangbrian

Terima kasih sudi baca~ selamat malam :)

May 2, 2017

20 Tanda Iman Yang Lemah

Iman yang lemah merupakan penyakit hati. Semua penyakit ada petanda. Sama seperti petanda Iman yang lemah (penyakit hati). Tanda-tanda itu jelas dan kita dapat mencatatnya sehingga boleh melakukan pengujian sendiri terhadap kadar keimanan kita.
Terdapat 20 tanda iman yang lemah dan semoga kita dapat meningkatkan keimanan kita. Berikut ini senarainya:
1. Melakukan dosa tapi tidak merasa bersalah.

2. Memiliki hati yang keras dan tidak berkeinginan untuk membaca Al-Qur’an.

3. Merasa malas untuk berbuat baik, misalnya amat susah atau malas dalam melaksanakan solat.

4. Melalaikan sunnah.

5. Perasaan yang mudah berubah, contohnya cepat marah tentang suatu hal dan banyak terganggu.

6. Tidak merasakan apa pun ketika mendengarkan ayat-ayat Qur’an, misalkan ketika Allah memperingatkan kita tentang azab.

7. Menemukan kesulitan ketika mengingat Allah dan berzikir.

8. Tidak merasa bersalah ketika melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

9. Menginginkan status dan kekayaan.

10. Menjadi jahat, tamak dan kedekut, iaitu tidak ingin hartanya dibahagikan kepada orang lain.

11. Menyuruh orang lain untuk berbuat baik tapi sendirinya tidak mempraktikkannya.

12. Merasa senang atau gembira ketika sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain.

13. Hanya peduli pada yang halal dan haram saja; dan tidak menghindari yang makruh.

14. Mentertawakan seseorang yang melakukan suatu kebaikan yang kecil seperti membersihkan masjid.

15. Tidak peduli dengan keadaan umat Islam.

16. Tidak merasa bertanggung jawab untuk ikut memajukan Islam.

17. Menyukai berdebat walaupun itu tanpa bukti.

18. Tidak mampu menghadapi musibah, contohnya menangis dan berteriak dengan keras ketika ada kematian.

19. Menjadi terlena dan terlibat jauh dengan dunia, dengan sesuatu yang bersifat duniawi, iaitu merasa hancur dan pasrah ketika kehilangan harta kekayaan.

20. Menjadi lalai dan obses pada diri sendiri.

Bagaimana meningkatkan iman kita itu?

Membaca dan merenungkan makna dari Quran. Kemudian turun dan ketenangan hati kita menjadi lembut. Untuk mendapatkan manfaat yang optimum, ingatkan diri anda bahawa Allah berbicara kepada anda. Orang-orang yang dihuraikan dalam kategori yang berbeza dalam Quran; memikirkan yang mana yang anda mendapati diri anda masuk

Menyedari kebesaran Allah. Semuanya berada di bawah kawalan-Nya. Ada tanda-tanda dalam segala hal kita melihat bahawa mata kita untuk kebesaran-Nya. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan izin-Nya. Allah mencatat dan melihat segala sesuatu, bahkan semut hitam di batu hitam pada malam tak berbulan hitam.

Buatlah upaya untuk memperoleh pengetahuan, setidaknya hal-hal dalam kehidupan sehari-hari misalnya bagaimana membuat wuduk dengan betul. Tahu makna di sebalik nama-nama Allah dan sifat-sifat. Orang yang mempunyai taqwa adalah mereka yang mempunyai pengetahuan.

Menghadiri mesyuarat di mana membuatkan kita mengingati Allah. Dalam pertemuan tersebut kita dikelilingi oleh malaikat.

Kita harus meningkatkan perbuatan baik kita. Salah satu perbuatan baik mengarah kepada perbuatan baik lainnya. Allah akan membuat jalan mudah bagi seseorang yang memberikan sedekah dan juga membuatnya mudah bagi dia untuk melakukan perbuatan baik. Perbuatan baik haruslah dilakukan secara terus-menerus.

Kita harus sentiasa mengingati mati kerana megingati mati adalah perosak kepada kesenangan di dunia fana ini. Perlulah kita ingat bahawa, ingat mati ni bukan sebab kita menjadi takut untuk melalui hari-hari mendatang tetapi berwaspada dalam melakukan perbuatan-perbuatan di dunia ini.

  Ingat akhirat itu peringkatnya berbeza, misalnya ketika kita diletakkan dalam kubur, ketika kita dihisab, adakah kita akan berada di syurga atau neraka.

Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Rendah hati. Jangan mengingini hal materi dalam kehidupan ini.

Cinta kita kepada Allah Subhana Wa Ta’ala harus ditunjukkan dalam tindakan. Kita harus berharap Allah akan menerima doa-doa kita, dan berada dalam ketakutan jika kita melakukan kesalahan. Sebelum tidur, kita harus berfikir tentang apa yang baik yang kita lakukan selama hari itu.

Menyedari kesan daripada dosa dan ketidaktaatan-iman seseorang meningkat dengan perbuatan baik dan iman kita berkurang oleh perbuatan buruk. Segala sesuatu yang berlaku adalah kerana Allah mahukannya. Ketika musibah menimpa kita-itu juga dari Allah. Ini adalah akibat langsung dari ketidaktaatan kita kepada Allah.

Jom kita sama-sama perbaiki diri kita ke arah kebaikan. InsyaAllah
Thanks for reading my entries.
 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...