ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

May 3, 2017

5 Tanda Bahawa Anda Perlu Ganti Cermin Mata Anda

 

abangbrian.com


Terasa nak update pasal cermin mata pulek malam ni. huhu
Sebab mata ni rasa sakit sangat + pening kepala sampai rasa mual-mual dah.
Cuba buka cermin mata, rupanya sebab cermin mata jadi sakit mata dengan pening apa semua ni.
Haa tu yang duk search search pasai artikel ni haa. Nak sure betul ke tak sebab cermin mata.
Korang yang ada masalah seperti Miss A, baca artikel ni sampai habis okay :)


Mata terasa sakit seperti kekejangan : Mata ialah lensa yang mempunyai kuasa fokus untuk melihat objek dari jauh atau dekat. Jika anda pemakai cermin mata, sudah tentu mata anda memerlukan lensa yang tepat untuk melihat. Kalau anda memakai lensa yang salah, otot mata anda terpaksa bekerja lebih dan menyebabkan rasa tidak selesa.

Kerap sakit kepala : Mata yang kerap memberi tumpuan kebiasaanya akan berasa tidak selesa. bukan sahaja anda merasa sakit dibahagian mata, kepala anda juga menjadi mangsa. Jadi tukarkan kepada cermin mata yang baru jika sakit kepala mula menganggu aktiviti harian anda.

Kecilkan mata : Dah pakai cermin mata pun anda masih mengecilkan mata anda untuk melihat objek jarak jauh. Tapi tahukah anda, jika anda selalu mengamalkan tabiat tersebut lama-kelamaan rabun mata anda makin naik dan sakit kepala pun boleh berlaku.

Tidak boleh kawal dengan cahaya dan silau : Anda mungkin akan mengalami masalah dengan cahaya dari televisyen, komputer atau telefon pintar. Kalau boleh, anda ingin tetapkan cahaya yang paling malap kerana anda mula merasai mata anda tidak dapat silau cahaya tersebut. Sama juga bila berada diluar, anda sukar melihat kerana silau dari cahaya matahari.


Mengalami ketidakselesaan perut atau loya : Fakta yang tidak ramai tahu, dua pasang mata ini dicipta untuk melihat imej yang jelas. Jika mata yang sebelah kabur, otak akan menerima dua imej yang berbeza dan ia boleh menjadi penyebab rasa ketidakselesaan. 
Ada tak tanda-tanda ini pada mata anda? Kalau ada, cepat ke pusat optik untuk pemeriksaan mata! 

source ; abangbrian

Terima kasih sudi baca~ selamat malam :)

7 comments:

  1. Betul...kak PC sebelum tukar cermin mata selalu la hadapi beberapa perkara di atas...tapi ni dah alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh mujur lah :) kalau ada tanda-tanda tu kena cepat-cepat tukar. :D

      Delete
  2. Siqah baru je tukar cermin mata tahun ni selepas 3 tahun tak tukar. Sebab ada tanda2 di atas lah yang buatkan tukar tu. Tambah lagi tak yakin nak drive waktu malam. Rasa silau memanjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la macam tu sis. bahaya kalau tak tukar. nanti macam-macam masalah datang. huhu.

      Delete
  3. BETUL TU, saya pernah beli cermin mata tapi salah adjust fokus, pening je pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan.. macam-macam masalah kalau kita yang pakai cermin mata ni kan. kena alert kalau ada tanda kat atas. takut lama2 bahaya pulak.

      Delete
  4. yes masa dah sesuai untuk tukar spek, tapi bukanlah sebab2 di atas. ini sebab spek sudah sebulan digam sebab patah haha

    ReplyDelete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...