ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Jun 11, 2017

7 Ganjaran Pahala Yang Boleh Diraih Oleh Wanita Yang Sedang Haid Di Bulan Ramadan

Hai korang.
Dah 16 hari da kita semua berpuasa kan.
Selamat berpuasa :)
.
Okay, back to the topic kite.
Siapa tak frust kan, kalau best puasa, solat terawih malam-malam, tup tup keesokan hari period. Yang paling frust sangat sangat period waktu petang. hah, frust bebenor ! huhu
Korang mesti rasa frust kan ?
Tapi, kena ingat. Ini semua fitrah kita sebagai seorang wanita. Dan ini semua ketentuan Allah untuk kita sebagai wanita.

Pernah Aisyah juga menangis sedang kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak. Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata :-
“Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.”Hadis riwayat Bukhari

Tapi Allah itu Maha Adil, walaupun kita tak dapat pahala menunaikan ibadat puasa, solat terawih dan sebagainya, tapi kita still boleh lagi raih pahala melalui 7 amalan dekat bawah ni. Haa, jom baca :D

  • Tetap bangun sahur walaupun tidak berpuasa
-  Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda, “Bersahurlah, kerana di dalamnya terdapat keberkatan.” Hadis riwayat Bukhari
-  Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”
- Haa, bersahur banyak keberkatan tau. So, kuatkan diri anda bangun sahur walaupun period hehe :D

  • Berzikir
- Amalan ni mudah je kita nak amalkan. Duk sesaje, then bacalah zikir.
- Contoh zikir mutlak yang selalu kita sebut adalah, tasbih (subhanallah). tahmid (Alhamdulillah). tahlil (Lailahailallah), dan takbir(allahuakbar)
- Zikir mutlak ni definisi dia adalah perlaksanaannya tidak dibatasi oleh waktu, jumlah dan tatacara tertentu

  • Beristighfar
- Masa bangun sahur, tengah-tengah duk makan sahur, boleh je kita beristighfar. Lazimi lidah kita dengan istighfar. Besar tau manfaat istighfar ni.
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.’
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur" [Surah Ali Imran, Ayat 16 hingga 17.]
  • Membaca Al-Quran
- Terdapat banyak perselisihan faham mengenai isu Wanita haid dibolehkan untuk membaca Al-Quran ataupun tidak. Tapi, pendapat yang kuat dari Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad menyatakan bahawa wanita yang sedang haid boleh membaca Al-Quran kerana tiada dalil yang mengharamkannya tetapi wanita haid  tidak dibenarkan mereka untuk menyentuh kalam suci (Al-Quran) itu.

  • Bersedekah
- Rasulullah s.a.w:, “Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”
- Ini adalah peluang keemasan korang untuk bersedekah di bulan penuh mulia ni tau :) Manfaatkan masa yang ada ni tau :)

  • Menyediakan juadah berbuka bagi orang yang berpuasa
- Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” Hadis riwayat Tirmidzi
  • Keluar mendengar khutbah hari raya dan melihat solat hari raya
- Ummu Athiyah berkata,
“Kami disuruh mengajak keluar wanita haid pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita haid perlu menjauhi tempat solat.” Hadis riwayat Bukhari
Walaupun korang semua cuti, tak bermakna cuti dari mengumpulkan pahala tau. Kena maintainkan juga buat amal ibadat :)

Semoga Allah menerima amalan kita dan memberi pahala seperti meraka yang berpuasa. Insya-Allah.

TerimaKasihSudiBaca~ :D
 

2 comments:

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...